Pages

Selasa, 17 Ogos 2010

Gaya Penampilan Bertudung




Penampilan bertudung yang cantik, kemas, dan elegen boleh mengundang tumpuan ramai. Tambahan pula tudung yang dipakai bersesuaian dengan pakaian yang dikenakan. Pada zaman kini, pelbagai pilihan tudung dari pelbagai jenis fabrik boleh dipilih oleh anda mengikut keselesaan sendiri seperti fabrik jersi, kapas, lycra, sutera serta benang bulu. Cara dan gaya tudung yang dikenakan

harus mementingkan kekemasan dan keselesaan kepada anda kerana ia melambangkan keperibadian seseorang. Penampilan bertudung ini juga perlu diselaraskan mengikut beberapa faktor penting iaitu faktor majlis, jenis pakaian, dan warna pakaian.

Majlis : Anda perlu memastikan sama ada majlis yang ingin dihadiri adalah majlis formal atau majlis tidak formal. Hal ini kerana, dalam majlis formal anda perlu kelihatan lebih eksklusif dan tampak elegan. Manakala dalam majlis tidak formal seperti bersama kawan-kawan, gaya pemakaian tudung boleh la lebih kelihatan santai dan kemas.

Jenis pakaian : tudung yang hendak dipadankan dengan pakaian mestilah berdasarkan jenis pakaian itu sama ada dari fabrik bercorak atau tidak. Kebiasaanya, apabila pakaian yang dikenakan tidak mempunyai corak atau polos, tudung yang menjadi pilihan adalah tudung yang bercorak dan begitulah sebaliknya.

Warna pakaian : kebiasaannya warna tudung yang hendak dipadankan dengan pakaian mestilah sama dengan warna pakaian tersebut. Pilihan warna tudung yang senada dengan pakaian yang dipakai lebih mengikut warna corak yang ada pada baju.

Nurhidayah bt Mahayudin

204012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan