Pages

Sabtu, 28 Ogos 2010

Senyuman


Senyuman

Cara mudah supaya orang tertarik dan suka melihat kita ialah tidak lain dan tidak bukan,SENYUMLAH. Senyum memberikan daya tarikan yang cukup hebat. Senyum mampu menawan setiap hati yang memandang.Biasanya apabila kita senyum pada orang, orang akan senyum kembali kepada kita. Seseorang akan rasa dihargai apabila kita senyum kepadanya, sekaligus akan memberikan tanggapan baik pada kita. William Shakespeare mengatakan: Apa yang anda mahukan akan lebih mudah dengan senyuman daripada menentang dengan pedang. Pujangga menyebut: Senyuman itu kelopak.Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya. Jadi senyumlah selalu..ukirlah senyuman yang paling manis..=) (204236)

Isnin, 23 Ogos 2010

PENAMPILAN DIRI YANG POSITIF


Beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam penampilan diri ialah

  • Potongan rambut: Potongan rambut yang bersesuai dengan sesuatu situasi, kemas dan menarik. Bagim lelaki digakkan berambut pendek dan tersisir rapi.
  • Pilihan warna dan corak : Pilihan warna yang sesuai pada tempat dan masa. Selain itu, pilihan warna juga tidak boleh melebihi empat warna dalam satu masa.
  • Jenis pakaian : sentiasa dalam keadaan rapi dan digosok.
  • Aksesori : jam tangan dan rantai (bagi wanita) serta minyak wangi.
  • Jenama : bukan perkara utama yang penting kemas dan bersih.
  • Gaya : cara berjalan, bercakap ketawa dan mimik muka seseorang yang mengambarkan perilakunya.
  • Senyum : Rahsia penampilan diri ialah senyuman yamg terukir. Penampilan diri melambangkan keperibadian seseorang.
(198978)

Cara Menjaga Kebersihan Diri

Cara rawatan rambut dan kepala
Bersihkan rambut dengan shampo secara rutin (minima 2 kali seminggu)
Potong dan sisir rambut agar terlihat rapi.

Cara menjaga kebersihan muka dan mata.
Cuci muka minimal 3 kali sehari
Bersihkan kawasan mata dari arah luar ke dalam (bersihkan kotoran mata yang terdapat pada sudut kelopak mata)

Cara menjaga kebersihan telinga dan hidung
Bersihkan hidung dan telinga secara rutin ( 1- 2 minggu sekali) lakukan dengan hati-hati menggunakan alat yang bersih.

Cara menjaga kebersihan gigi dan mulut
Gosok gigi setiap selesai makan dan sebelum tidur dengan cara yang betul.
Elakkan daripada makanan atau minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
Elakkan makanan yang masam terlalu kerap.
Banyak mengambil makanan yang bergizi.
Berjumpa doktor gigi secara rutin.

Cara menjaga kebersihan badan
Mandi menggunakan sabun mandi secara rutin minima 2 kali sehari.
Gunakan pakaian yang bersih dan kemas.

Cara menjaga kebersihan tangan dan kaki
Bersihkan tangan dan kaki sehari minima 2 kali sehari atau apabila kotor.
Potong kuku 1 kali seminggu. (gunakan pemotong kuku dan setelah dipotong hujung kuku dihaluskan atau dikikir)
Gunakan kasut atau alas kaki yang lembut dan selesa. (204043)

Khamis, 19 Ogos 2010

rumusannya

Secara umumnya,penampilan diri ini boleh dikatakan amat penting kepada setiap individu,tidak kira secara formal atau tidak formal. Dalam etika pekaian,pelbagai aspek dapat disentuh,antaranya cara pemakaian mestilah mengikut etika,ia perlulah sesuai mengikut masa dan keadaan. Etika pemakaian yang salah dapat menimbulkan masalah kepada individu itu sendiri,contohnya individu itu akan malu apabila di tegur oleh orang lain.Senyuman merupakan satu sedekah,itulah ayat yang sinonim dalam masyarakat zaman sekarang. Peribadi manusia akan terserlah apabila senyuman diukir pada wajah. Senyuman juga boleh dikatakan sebagai ubat kepada masalah yang dihadapi.

Cara berjalan juga amat penting dalam penampilan diri individu dan masyarakat. Cara berjalan yang betul menggambarkan seseorang itu mempunyai prinsip hidup yang mantap. Kekemasan diri akan terserlah apabila cara berjalan seseorang itu betul mengikut etika. Contohnya,berjalan dengan normal,tidak menoleh ke belakang.Terdapat banyak kepentingan dalam penjagaan penampilan diri ini,contohnya ia melambangkan kekemasan seseorang manusia,membuatkan orang mudah tertarik,mudah bergaul dan lain-lain lagi. Penampilan diri ini juga dapat membantu seseorang itu untuk berinteraksi dengan bagus.

Gaya bertudung amat sinonim dengan wanita-wanita di luar sana,ini dapat dilihat apabila,pelbagai jenis dan cara pemakaian tudung telah diperkenalkan. Hal ini akan membantu wanita tersebut merasa lebih yakin untuk keluar bertemu masyarakat. Hal ini juga boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kepintaran dalam bersosial.

fariz (204400)

Pakaian


Kita harus mematuhi dan mengikuti etika pemakaian yang sesuai mengikut situasi, tempat dan keadaan. Sebagai contoh, jika kita ingin bersukan, kita harus memakai pakaian yang sesuai iaitu berpakaian sukan dan berkasut sukan. Kita tidak seharusnya memakai pakaian formal untuk bersukan kerana hal yang demikian akan menyebabkan kita kurang selesa. Selain itu, jika kita ingin ke majlis rasmi, kita harus memakai pakaian yang kemas. Contohnya, berbaju kemeja dan berseluar ‘slack’ serta berkasut kulit. Kita tidak harus berpakaian seperti ingin bersukan. Hal yang demikaian akan menyebabkan orang lain kurang selesa dengan kita. Kesimpulannya, kita harus bijak memilih cara pemakaian sebelum melakukan sesuatu perkara mengikut situasi, tempat dan keadaan. (204302)

Selasa, 17 Ogos 2010

Bagaimana Cara dan Adab Berjalan yang Baik dan Betul?


BERJALAN, Anda telah melakukannya sepanjang hidup Anda. Tetapi, sudahkah Anda melakukannya dengan benar? Berjalan mempunyai banyak faedahnya dari segi meningkatkan postur tubuh secara keseluruhan sehingga melatih otot untuk menguatkan pergelangan kaki tetapi semuanya memerlukan proses berjalan yang betul.

Menurut Lucinda Everett iaitu Ketua Divisi Pediatrik Anestesi Harvard Medical School, Inggris, mengungkapkan fakta bahawa seseorang yang berjalan lebih dari 1.5 mil per hari dan wanita yang berjalan empat jam seminggu memiliki 35% pengurangan risiko penyakit jantung.

Dalam sebuah hadis dari Anas bin Malik pula dikisahkan Rasulullah SAW telah memberi contoh berjalan yang baik. "Sesungguhnya Rasulullah SAW berjalan dengan tegar." (HR Muslim). Ketika berjalan, Nabi Muhammad SAW mengangkat kedua kakinya setinggi-tinggi iaitu berjalan bertumpu pada pangkal telapak kakinya kerana beliau berjalan dengan tegap, tidak seperti orang sakit atau perempuan.

ü Berjalan dengan normal

Ibnu Katsir menjelaskan, bahawa berjalan normal adalah berjalan secara biasa iaitu tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. "Pertengahan di antara keduanya."

ü Tidak menoleh ke belakang

Dalam Shahiihul Jaami dikisahkan bahwa Nabi Muhammad SAW apabila berjalan, baginda tidak menoleh ke belakang kerana menoleh ke belakang ketika berjalan dapat membuat seseorang jatuh, tergelincir serta akan dicurigai oleh orang yang melihatnya.

ü Tidak berpura-pura lemah ketika berjalan

Berpura-pura lemah ketika berjalan dengan maksud untuk dilihat oleh orang lain dilarang dalam Islam. Selain itu, juga tidak boleh berpura-pura sakit ketika berjalan, kerana dapat mengundang kemarahan Allah SWT.

ü Berjalan dengan kuat

Setiap Muslim harus berjalan dengan tegap seperti yang dicontohkan oleh Nabi SAW. Menurut Syekh Sayyid Nada, cara berjalan seperti Rasulullah SAW lebih dekat kepada roh Islam. "Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah SWT, dibandingkan mukmin yang lemah," katanya.

(204190)

ü \

Kepentingan penampilan diri


  • Alat komunikasi

memberi maklumat tentang diri kita

”jika pertemuan pertama tidak berkesan, anda mungkin tida peluang kedua”

membentuk perhubunga seterusnya

  • Membuka jalan kepada kejayaan

”orang akan hormat”.-hanya kerana keterampilan diri yang berkualiti

  • Sebagai perwatakan dan personality, maka kita dapat merasai suka, duka, sedih, gembira, lapar, dahaga, kenyang, membuat pilihan, merasai perasaan cinta, kecewa,
  • Pakaian menampilkan imej seseorang dan keperibadian secara menyeluruh
  • Meningkatkan kefahaman terhadap bentuk dan anatomi tubuh seseorang. Oleh itu, mulai saat ini, mulakanlah satu hubungan cinta dengan diri anda. Berbanggalah dengan paras rupa anda, dengan rambut anda, dengan bentuk tubuh fizikal anda, terimalah diri anda seadanya. Berikan perhatian pada diri anda seperti mana anda memberikan perhatian kepada orang yang anda cintai atau kasihi.


  • Meningkatkan keyakinan diri bila berhadapan dengan masyarakat
  • Pandangan orang terhadap diri kita.-beranggapan kita sebagai seseorang yang prihatin terhadap penampilan diri
  • Dapat menarik perhatian masyarakat..contoh ketika menghadiri temuduga di mana penemuduga akan melihat penampilan diri dahulu sebagai penilaian awal..
  • Melambang kecekapan seseorang mengurus diri. Apabila kita telah mula menjalinkan hubungan cinta dengan diri kita sendiri, satu situasi positif yang selama ini jarang kita rasakan, akan dapat kita rasai. Anda akan mendapati hidup anda lebih tenang, bersemangat, berkeyakinan dan kadangkala kita sendiri tidak tahu dari manakah datangnya semangat baru ini. Ini adalah kerana anda telah menarik banyak tenaga positif berbentuk kasih sayang kepada diri anda.(204613)

Interaksi yang Mengagumkan


Secara umum,interaksi bersemuka berlaku dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk lisan dan bukan lisan.Oleh itu setiap individu perlu memahami bukan sahaja bahasa lisan tetapi juga perlu memahami bahasa bukan lisan atau aksi yang mengiringi perbualan atau interaksi tersebut. Tanpa memahami kedua-dua faktor ini berinteraksi bersemuka anda tidak akan begitu bermakna dan menarik. Keadaan ini penting difahami kerana manusia menggunakan interaksi bersemuka ini lebih banyak daripada bentuk interaksi lain.

Antara pergerakan biasa dalam berinteraksi ialah:

Tenunan mata adalah untuk:

Ø Mendapatkan maklumat

Ø Menunjukkan minat

Ø Memula dan mangawal gerak balas berinteraksi

Ø Sikap menentang atau bersetuju

Riak muka biasanya bertujuan:

Ø Menimbulkan kesan pada perbualan

Ø Menerangkan banyak perasaan

Gerak kepala bisanya bertujuan:

-Menunjukkan sikap dan perasaan

Ø Perasaan angkuh dan agresif

Ø Perasaan bertimbang rasa dan mudah berunding

Perlakuan dan pergerakan yang boleh membawa makna dan pengertian kepada penutur dan pendengar semasa berinteraksi sama ada ditafsirkan secara negatif atau positif serta memberi kesan pada penerusan perbualan atau memetikan perbualan antaranya ialah:

Ø Berpeluk tubuh

Ø Menggosak hidung

Ø Mengetuk-ngetuk jari ke meja

Ø Menggosok belakang rambut

Ø Menongkat dagu atau kepala

Ø Menggigit jari


NURWAHIDA BINTI OTHMAN

204225

Gaya Penampilan Bertudung




Penampilan bertudung yang cantik, kemas, dan elegen boleh mengundang tumpuan ramai. Tambahan pula tudung yang dipakai bersesuaian dengan pakaian yang dikenakan. Pada zaman kini, pelbagai pilihan tudung dari pelbagai jenis fabrik boleh dipilih oleh anda mengikut keselesaan sendiri seperti fabrik jersi, kapas, lycra, sutera serta benang bulu. Cara dan gaya tudung yang dikenakan

harus mementingkan kekemasan dan keselesaan kepada anda kerana ia melambangkan keperibadian seseorang. Penampilan bertudung ini juga perlu diselaraskan mengikut beberapa faktor penting iaitu faktor majlis, jenis pakaian, dan warna pakaian.

Majlis : Anda perlu memastikan sama ada majlis yang ingin dihadiri adalah majlis formal atau majlis tidak formal. Hal ini kerana, dalam majlis formal anda perlu kelihatan lebih eksklusif dan tampak elegan. Manakala dalam majlis tidak formal seperti bersama kawan-kawan, gaya pemakaian tudung boleh la lebih kelihatan santai dan kemas.

Jenis pakaian : tudung yang hendak dipadankan dengan pakaian mestilah berdasarkan jenis pakaian itu sama ada dari fabrik bercorak atau tidak. Kebiasaanya, apabila pakaian yang dikenakan tidak mempunyai corak atau polos, tudung yang menjadi pilihan adalah tudung yang bercorak dan begitulah sebaliknya.

Warna pakaian : kebiasaannya warna tudung yang hendak dipadankan dengan pakaian mestilah sama dengan warna pakaian tersebut. Pilihan warna tudung yang senada dengan pakaian yang dipakai lebih mengikut warna corak yang ada pada baju.

Nurhidayah bt Mahayudin

204012


Kepintaran bersosial

Mengikut definisi oleh Edward Thorndike, kepintaran bersosial ialah keupayaan untuk memahami dan menguruskan orang lain dan sentiasa bijak dalam hubungan sesama manusia. Manakala mengikut pendapat Sean Foleno, kepintaran bersosial ialah kebolehan seseorang untuk memahami persekitarannya secara optimum dan bertindak dengan cara yang sesuai dalam kejayaan hubungan dengan masyarakat.
Kepintaran bersosial penting apabila kita hendak membina hubungan yang produktif dan harmoni. Hubungan kita dengan keluarga, jiran, rakan sekerja dan sebagainya akan berjalan dengan lebih baik sekiranya kita mampu menguasai kepintaran bersosial. Terdapat 5 elemen dalam kepintaran bersosial iaitu kesedaran situasi, kemampuan membawa diri, keaslian, jelas dan empati.
Kesedaran situasi ialah kehendak untuk memahami dan peka keadaan sekeliling dan hak orang lain. Orang yang merokok di kawasan awam atau ruang terbuka tanpa menghiraukan kesihatan orang lain adalah orang yang tidak memahami kesedaran social.
Kemampuan membawa diri ialah bagaimana etika gaya penampilan kita, percakapan dan tingkah laku kita.
Keaslian ialah perilaku kita yang sebenar akan membuat orang lain menilai diri kita untuk dipercayai, jujur, terbuka dan ketulusan. Elemen ini penting kerana dengan aspek ini kita akan mewujudkan hubungan yang baik.
Kejelasan ialah sejauh mana kita mampu untuk menyampaikan idea secara jelas sehingga dapat dapat diterima dan menyakinkan orang lain.
Empati merujuk sejauh mana kita menyelami dan memahanmi perasaan orang lain.

Isnin, 16 Ogos 2010

Pengenalan


Rupa paras yang menarik menjadi idaman setiap individu. Penampilan diri yang menarik memberikan keyakinan kepada seseorang individu untuk tampil yakin dikhalayak ramai. Sikap positif seseorang biasanya terserlah daripada penampilan diri yang positif. Penampilan diri yang positif dapat dilihat melalui cara percakapan, pemakaian, dan raut wajah seseorang.

Penampilan diri ialah gambaran mental mengenai siapakah dirinya yang ditonjolkan melalui paras rupa, cara seseorang berpakaian, gaya, kepintaran bersosial,percakapan diri dan raut wajah. Penampilan diri juga terbentuk daripada asuhan, pendidikan dan juga daripada pendedahan ibu bapa, rakan sebaya, media massa, guru dan masyarakat sekeliling. Gambaran melalui penampilan diri ini dapat menentukan reaksi individu itu dengan orang lain. Dimana orang lain melihat seseorang melalui penampilan yang ditonjolkan dan membuat persepsi awal tentang seseorang samada penampilan yang ditonjolkan adalah positif ataupun sebaliknya.